16 November 2006

Khatan (Circumcision)



Anak saya berkhatan pada November 2004. Tok Mudin - Ayahnya.

Hukum berkhatan:
=============
Ulama berbeza pendapat tentang kedudukan hukum berkhatan. Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan Hambali, berkhatan bagi lelaki hukumnya wajib, berdasarkan firman Allah S.W.T dalam Al_Quran surah al-Nisa' ayat 125 dan hadis Rasullah S.A.W. "Potonglah rambut jahiliah dan berkhatanlah". {H.R. Ahmad dan Abu Daud}.
Namun menurut Mazhab Hanafi, hukumnya adalah sunat berdasarkan sabda nabi: "Khatan hukumnya sunat bagi lelaki dan kehormatan (makrumah) bagi perempuan {H.R. Muslim}.

[Ref:Ensiklofedia Islam Untuk Pelajar - vol 3, page 97]

Nabi Ibrahim AS berkhatan ketika berusia 80 tahun. Beliau khatankan Nabi Ismail AS pada usia
13 dan Nabi Ishaq AS pada usia 7 tahun. Ada riwayat mengatakan Rasulullah SAW dilahirkan
sudah berkhatan dan ada juga riwayat mengatakan baginda dikhatan oleh Malaikat Jibrail.

Hikmah dan kelebihan berkhatan:
==============================
• Berkhatan merupakan asas daripada kebersihan dan merupakan syariat Islam perlu
dikerjakan.
• Menyempurnakan tuntutan syarak yang sesuai dengan sunnah Nabi Ibrahim AS dan
Rasulullah SAW. Sebagai usaha ke arah kebersihan diri untuk mengabdikan diri pada
Allah SWT.
• Sering digunakan sebagai perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam.
• Dari aspek kesihatan, ia boleh mendatangkan kebersihan pada kemaluan, mencantikkan
bentuk dan merangsang syahwat
• Menjaga kesihatan tenaga batin serta memelihara diri dari dihinggapi penyakit kelamin.
• Mengandungi hikmah yang besar di sebalik yang dilihat oleh mata kerana ajaran Islam
yang lengkap dan murni, setiap yang disuruh pasti mengandungi makna yang mendalam

1 comment:

Anonymous said...

Good home video!
Should zoom more and shows the detail. :-)